PENGENALAN



Teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan (Galbraith, 1967).

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kini tidak dapat diketepikan daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi seseorang guru, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi banyak menolong dalam tugas harian seperti mencari maklumat untuk pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar, membina jadual waktu dan penggunaan statistik untuk penilaian pelajar. Kemahiran pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru dalam melaksanakan tugasnya dengan lebih efektif dan profesional untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajarannya.



          Oleh itu, pada tugasan kali ini kami akan menyediakan sebuah rancangan pengajaran harian (RPH) mengikut model ASSURE. Di samping itu, kami juga akan menghasilkan sebuah klip video P&P berkaitan dengan topik pengajaran yang telah kami pilih. Selain itu, kami juga akan menghasilkan bahan 2 Dimensi dan mengintegrasikan TMK dengan menggunakan media interaktif seperti Web 2.0 sebagai tapak sistem pembelajaran berasaskan web untuk berkongsi bahan pengajaran yang telah kami sediakan. Kemudian, kami juga akan turut menyediakan catatan refleksi kendiri tentang pengalaman yang telah dilalui ketika menghasilkan tugasan projek ini.     

No comments:

Post a Comment