KESIMPULAN



     Konklusinya, perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan khususnya daripada aspek pengajaran dan pembelajaran. Ramai di kalangan pakar dalam bidang pendidikan bersetuju dengan keupayaan TMK untuk merevolusikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, proses penyampaian maklumat dengan menggunakan TMK berupaya dalam mengintegrasikan pelbagai jenis media seperti teks, audio, video, grafik dan animasi. Kesemuanya ini mampu merangsang pelbagai deria manusia sekaligus akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Di samping itu, penggunaan TMK juga akan memudahkan para guru untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan para pelajar serta komuniti pengajar yang lain di seluruh dunia.
            
     Pada akhir tugasan kali ini, kami telah dapat membina rancangan pengajaran berdasarkan model reka bentuk pengajaran dengan merujuk sukatan pelajaran mata pelajaran major kami iaitu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Di samping itu, kami juga telah dapat menggunakan pelbagai sumber pendidikan secara berkesan dalam membantu memudahkan tugas-tugas guru. Selain itu, kami turut dapat menghasilkan sebuah klip video, bahan 2 Dimensi yang asli dan ia sesuai dengan RPH yang telah kami rancang. Kemudian, kami juga telah dapat mengaplikasikan kemahiran TMK dalam P&P serta mengintegrasikan TMK dengan menggunakan media interaktif dalam P&P.

No comments:

Post a Comment